Followers

Monday, March 21, 2011

lelaki ad iddah???

Assalamualaikum




IDDAH
Iddah ialah tempoh menunggu yang wajib bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami.

Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.
Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.



selama ni korang tau x laki pun ad iddah??
xtau??

ni yang aq nak kongsi ngan korang..
aq pun baru je tau td ..
aq dok dgr lam radio IKIM.
eheheheheh

selama ni kita dok dgr perempuan je ad iddah kan...
tapi sebenarnya, lelaki pun ad...

xcaya??
ok..

keadaan yang menyebabkan lelaki ad iddah :

1. seseorang lelaki yang berkahwin 4, dan  menceraikan salah satu isterinya.
    si suami 2 harus menunggu sehingga si isteri yang di ceraikan habis iddah.. tempoh iddah kan 3 kali suci, so  
    mana la tau kan tetiba si suami ni gatai tetiba nk rujuk balik..so si suami ni xleh la kawen dulu selagi
    iddah si isteri ni xabis lg...karang xpasal2 si suami ad 5 isteri..haaaaaaaa..cam ne 2??dalam islam
    seorang laki just leh ad 4 bini je.. :)

2. apabila si suami menceraikan akk/adk, & ingin kawen dgn adk/akk nye pulak..
    ni pun si suami kena tunggu jgk iddah si akk/adk habis dulu..yea laaa..karang tetiba si suami ni miang nak
    rujuk balik kan susah...kan haram kalau suami akk/adk ni kawen dgn ipar sendiri...



mungkin situasi ni jarang kita dgr..tp ni la yang berlaku.. 
dan kepada lelaki, ambk perhatian tentang hal ni..karang xpasal2 free2 je korang dapat dosa...

aq ni bukan pakar sangat dalam hal2 agama ni...tapi ni la yang aq dengar td..so kalau korang sangsi dengan kenyataan aq ni, sila rujuk pakar..mekasih..
sekian..







^_^ v