Assalamualaikum
16 Jun 2011
1.00 pagi - 7.00 pagi
perkarangan luar masjid negara
terbuka pada semua orang
Pada 16 Jun 2011, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.Sempena Gerhana Bulan Penuh ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 16 Jun 2011 jam 1:00am hingga 7:00am.
Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Orang awam boleh juga membawa teleskop sendiri untuk program ini.
Bagi 1000 orang pengunjung terawal, akan diberikan sekotak Eclipse Mints, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
Aturcara Program adalah seperti berikut:
1:00 a.m. – 7:00 a.m. Pencerapan Gerhana Bulan Penuh
Pencerapan Planet Musytari, Marikh dan Zuhrah
Sesi Astrofotografi
Taklimat Gerhana
Kuiz Gerhana
3:00 a.m. – 4:00 a.m. Solat Sunat Gerhana Berjemaah
7:00 a.m. Bersurai
sumber : astronomi angkasa
^_^ v