Followers

Saturday, May 12, 2012

peneman

Assalamualaikum

si itam peneman di waktu petang

^_^ v

Mood

Assalamualaikum


Mood belajar memuncak2
exam dh nk dekat
Ya Allah..hanya pada Engkau aku berserah..

^_^ v

Thursday, April 26, 2012

Cerita si Gadis

Assalamualaikum

Di suatu petang yang hening, aku dapat msg dari adik si dia " Si dia telah dimasukkan ke hospital.penyakit stil xtau..agak kritikal". Terasa bumi berhenti berputar.. Ya Allah..bagaimana keadaan si dia sekarang ini. Kuatkan lah semangat ku Ya Allah.

Aku terus bergegas ke hospital yang menempatkan si dia. Walaupun mengambil masa yang lama, aku tetap pergi untuk melihat keadaan si dia. Sesampai aku di hadapan bilik si dia, aku hanya terdengar bacaan Yassin. Tangisan orang. Ya Allah.Apa yang aku dengar ini, janganlah apa yang aku sangkakan.

Aku membuka pintu. Aku melihat ramai kawan si dia. Mereka hanya memandang aku.Aku tidak mengerti akan pandangan mereka pada aku. Aku terus menghampiri katil si dia. Yang aku lihat, hanya satu tubuh yang sangat tidak berdaya.Tidak bergerak.Nafas juga tidak teratur. Ada darah yang keluar dari mulut dan hidung si dia. badan si dia yang dulu berisi, kini kurus.Muka si dia yg dulunya tembam, kini cengkung.

Ya Allah.Berikanlah aku kekuatan untuk melihat keadaan si dia Ya Allah. Lama aku memandang si dia yg dalam keadaan lemah xbermaya. Si dia kini bergantung hidup dengan bantuan mesin pernafasan. Sedih aku melihat keadaan si dia.Aku hanya mampu berdoa dan membaca Yassin untuk si dia. Hanya itu yang mampu aku lakukan untuk si dia.

Selesai aku membaca Yassin, dalam aku melihat keadaan si dia yang lemah, aku terpandang satu tubuh yang sedang menangis di sisi si dia. Apahkah ini??Ya Allah. Dugaan apa yang Engkau berikan aku ini Ya Allah. Seorang perempuan sedang menangis untuk si dia. Tapi siapa perempuan ini?kenapa dia menangis untuk si dia?kenapa perlu dia begini? Sungguh. aku lupa akan sesuatu. Sesuatu tentang hubungan aku dan si dia. Aku telah tersalah langkah.

Di saat itu juga, aku keluar dari bilik si dia. Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah. Sembuhkan lah penyakit si dia Ya Allah. Kembalikan lah kesihatan kepada si dia seperti sebelum ini Ya Allah. Berikanlah kebahagian pada si dia untuk merasai kebahagiaan bersama perempuan pilihan hatinya. Hanya itu yang mampu aku lakukan pada si dia. Hanya itu yang mampu aku berikan pada si dia sebagai hadiah terakhir aku. Aku ingin melihat si dia bahagia bersama perempuan pilihan hati nya. Sungguh aku lupa antara kita tiada apa-apa hubungan lagi. 

Ya Allah. Tuhan segala Manusia, yang meghilangkan penyakit, sembuhkanlah si dia. Engkaulah penyembuh selain Engkau sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi. Sesungguhnya Engkau yang menjadikan penyakit dan Engkau telah menyediakan penawarnya.

Maaf kan aku atas segala dosa aku kepada kamu. Apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan kita berdua. Atas dasar sayang, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan kamu. Mungkin bagi kamu aku bertindak kejam dan hanya mementingkan diri sendiri. Aku tidak salahkan kamu. Satu hari nanti, InsyaAllah kamu akan faham dengan kata-kata ku "Atas dasar sayang, aku mengambil keputusan meninggalkan kamu". Semoga berbahagia bersama insan tersayang.


Cerita si gadis 
bermimpi di malam hari
26/4/12

^_^ v

Wednesday, April 25, 2012

Malu

Assalamualaikum


Jangan malu nak berubah
Biarlah orang nak cakap kina ni bajet alim ke, bajet ustaz/ustazah ke, sekurang-kurangnya kita sedar yang kita ni banyak dosa dan makin lalai.


^_^ v

Ubat

Assalamualaikum


Ubat RINDU ialah SOLAT SUNNAT HAJAT
Ubat CINTA ialah SOLAT SUNAT TAHAJJUD 
Ubat DOSA ialah SOLAT SUNAT TAUBAT
Ubat PENYAKIT ialah SELAWAT


^_^ v

Tuesday, April 24, 2012

Change

Assalamualaikum


People change and these things happen
Aku sayangkan kamu kerana Allah SWT
Dan aku pergi meninggalkan kamu kerana Allah SWT juga


^_^ v

Wednesday, April 18, 2012

3C

Assalamualaikum


CHOICE ~ CHANCE ~CHANGE

You must make the CHOICE
 To take the CHANCE
if you want anything to CHANGE

^_^ v

Monday, April 16, 2012

Jarak itu indah

Assalamualaikum



♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia"


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH

      BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥


Ya Allah semoga hubungan ini berkekalan hingga ke JANNAH!Amin Ya Rabbal Alamin..

copy frm facebook


^_^ v

Kelebihan

Assalamualaikum

Allah SWT itu maha adil
Kelebihan yang Allah berikan antara lelaki dan perempuan adalah sama
Yang membezakan adalah TAKWA 


^_^ v



Hutang

Assalamualaikum

HUTANG tetap HUTANG
dan HUTANG WAJIB dibayar balik

kita tidak layak untuk menilai ianya HARAM atau HALAL kerana itu bukan kerja kita


^_^ v

Sunday, April 15, 2012

Kehidupan

Assalamualaikum


Kita hidup di dunia bukan untuk diri sendiri,
Bukan untuk orang lain,
Tapi untuk mendapat keredhaan Allah SWT


^_^ v


Takdir

Assalamualaikum

Ikhtiar, Tawakkal & Iklas dengan Takdir & Ketentuan Allah SWT


^_^ v


Telekung

Assalamualaikum


Setiap kali pakai telekung, tengok muka dekat cermin dan cakap 
"macam ni wajah aku nanti ketika nak dikafankan, bezanya sekarang aku boleh tersenyum, masa arwah nanti, tak tahu la macam mana.. ALLAHURABBI "


^_^ v

Saturday, April 14, 2012

Bila kerinduan datang

Assalamualaikum


Kalau rindukan seseorang, angkat tangan dan berdoalah pada Allah S.W.T.
" Ya Allah. sampaikan salam rinduku kepada (Nama penuh orang yang dirindui) sehingga aku menjadi kerinduannya"

~Doa Nabi Yunuf~
^_^ v

Friday, April 13, 2012

Ombak Rindu - Hafiz & Adira

Assalamualaikum

Ombak Rindu - Hafiz & Adira




^_^ v

Grand Wedding

Assalamualaikum

Perkahwinan yang GRAND tidak menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat


^_^ v

Mencintai & Dicintai

Assalamualaikum


Imam Ibnu al-Qayyim ditanya oleh seseorang :
"Bagaimana CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang?

Lalu Ibnu al-Qayyim menjawab,
 "CINTAILAH ALLAH, nescaya Allah akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI NYA untuk dirimu "


^_^ v






air mata

Assalamualaikum


Air mata seorang perempuan mungkin boleh mencairkan hati seorang lelaki
tapi air mata seorang lelaki belum tentu dapat mencairkan hati seorang perempuan yang telah disakiti

^_^ v

Wednesday, April 11, 2012

Perkahwinan

Assalamualaikum

Perkahwinan tidak semestinya bermula dari percintaan

^_^ v

Friday, April 6, 2012

Kesedihan

Assalamualaikum

Bila Allah bagi sedih, Dia nak ingatkan kita,
Ada yang kurang dalam hubungan kita dengan Dia.
Mungkin dengan kesedihan yang Dia hadiahkan, mampu memberikan kita kesedaran atas kesilapan yang tidak kita sedari

^_^ v


Wanita a.k.a Women

Assalamualaikum

Wanita bukan tulisan Braile yang perlu disentuh untuk mengenalinya

^_^ v

Perfect person

Assalamualaikum

I'm not finding a perfect person because I'm not a perfect person
It's better to get a person that understand me
And love me because of Allah S.W.T

^_^ v


Teguran

Assalamualaikum

Orang yang menegur @ membetulkan kesilapan & kesalahan kita sebenarnya SAYANG pada kita

Berterima kasih pada mereka
tidak kira sama ada ibu bapa, rakan mahupun musuh


^_^ v

Kerinduan

Assalamualaikum

Merindui
Biarlah pada mereka yang HALAL untuk dirindui
Selfreminder


^_^ v

Wednesday, April 4, 2012

keredhaan

Assalamualaikum

Ya Allah..
kadang-kadang kita terlalu menyukai seseorang sehingga membelakangkan Allah swt, sehinggakan yang HARAM dihalalkan...

hanya menurut kata nafsu yang akhirnya memakan diri sndiri...
Astaghfirullahalazim~

sedangkan keredhaanNYA amat penting...dan Dia yang menentukan setiap perjalanan hidup kita...

selfreminder




^_^ v

Normal

Assalamualaikum


Perkara apa yang memang HARAM tapi dalam kalangan kita merasakan ianya masih NORMAL, dan bukan tak NORMAL tapi ketinggalan bagi yang TIADA?


^_^ v



kisah silam

Assalamualaikum

Biarlah manusia terus menghukum kita berdasarkan kisah silam kita,
kerana itu menunjukkan yang kita maju dihadapan, dan mereka masih di belakang


^_^ v

Tuesday, April 3, 2012

Hidayah

Assalamualaikum


Lelaki : Kenapa sejak kebelakangan ini, awak susah nak reply msg sy?? susah nak cakap ngan 
              saya? kenapa awak SEMAKIN JAUH DARIPADA SAYA??

Perempuan : Sebab SAYA SEMAKIN DEKAT DENGAN ALLAH S.W.T

Lelaki : Macam mana saya nak dekat dengan awak macam dulu??

Perempuan: Dekatkanlah diri awak kepada Allah.. InsyaAllah disana sahaja kita dapat disatukan

Lelaki: erk!!


^_^ v

Tuesday, March 27, 2012

Changes

Assalamualaikum


You fight to hold on and you fight to let go


At that time, you will found that change is not easy.
you need to struggle to change everything what have u did before

but remember this
what ever happen to you
u change because of Him
u should proud because God chose you

just think, u doing this because of Allah S.W.T
and InsyaAllah you can face it :)
don't ever u regret


CINTA ALLAH ADALAH CINTA SEJATI YANG KEKAL ABADI



^_^ v

Saturday, March 24, 2012

Biru itu Blue

Assalamualaikum

Lelaki yang niat nak MELAYAN "BLUE" bila keseorangan,
Ingatkan diri, "BLUE" tu akan menyeksakan diri pabila keseorangan di dalam KUBUR


^_^v


Thursday, March 22, 2012

Gossip babe

Assalamualaikum

If people talk bout you, you shouldn't be sad.
You must be special if they use their time to talk bout you

and also

when people talk bout you, means that they not hate you, but actually they love u so much
:D

thank you
keep talk and talk ok
I wouldn't mad on you
but I will give a nice smile


^_^ v


Sunday, March 18, 2012

7 Petala Cinta

Assalamualaikum


Assalamualaikum Cinta

Waalaikummussalam Rindu

jangan biarkan hadirmu sekejap mata
Dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara

InsyaAllah

semakin hebat rinduku
semakin deras degupku
semakin teguh cintaku kepadamu
hembusan nafas ku saluti
kata-kata penuh bermakna
semua rinduku tersusun di hati
menantikan masa
tujuh petala cinta
berbisiklah kedengaran
terhamparlah syahadah titik percintaan

kasih..dengarkanlah..
rindu..kepadamu..
cinta..kepadamu..
hidup untukmu..
kasih..ku dicinta..
hatiku..bergema..
hiasi..cahaya..
bersemilah rasa..


7 Petala Cinta is an Islamic Romantic Comedy Film
It about an unusual love triangle


^_^ v 

Thursday, March 15, 2012

berjalan-jalan

Assalamualaikum

setelah tambah tolak bahagi darab dalam 5 tahun dah aku pindah, baru perasan dan baru la aku tahu rupa2 nya area rumah aku tu ad sawah padi =.='

tp i xde la p jalan-jalan p guling-guling kat sawah padi 2..niat jalan-jalan nk p ngok ke arnab nye
pusing punya pusing.
sampai jgk ke destinasiu yg ingin di tuju

macam biasa
malas nak kabo bnyak-banyak
aok ngok je la gmbor nye yea













~THE END~

andai d beri peluang, nak nye la bgambar d sawah padi..
dok pown dok maen dalam sawah padi pun xpe..
dok maen ke lumpur-lumpur
:)


^_^ v

Monday, March 12, 2012

Manusia

Assalamualaikum


Seseorang yang kita pernah jumpa beberapa tahun yang lepas
Mungkin tidak sama dengan hari ini,
Apatah lagi seseorang yang baru kita jumpa beberapa hari yang lepas..

MANUSIA
MEREKA BOLEH BERUBAH
Persoalannya
BAIK ATAU BURUK.


^_^ v

Sunday, March 11, 2012

50 tahun

Assalamualaikum


11 MARCH 2012

I wish HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY MOTHER.
owh dear...u r 50th dis year
old already la mamie
ahahahahah :)

dont care la bout that kn..
its just a number
what ever its u  r my mom
luv u so much mama

present??
need to wait la mama..
coz ur present..
eheheheheh..
import from somewhere :D


i know sometimes, u read my blog
just want u to know i really love u mama
no matter what happen InsyaAllah i will be there for you
ayoyooo..cry already.

remember the sacrifices that u do for me
:'((


p/s: ni nanti mesti mak aq pelik knp tetibe anak die speking org putih :)

^_^ v


Dakwah

Assalamualaikum

Berdakwah bukan untuk menjadi hero
Tapi
Berdakwah adalah tuntutan agama




dalam islam, berdakwah adalah tuntutan agama
apabila anda adalah islam,
maka berdakwah..tak kira siapa pun kamu

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran:104)


ada orang berkata-kata yang aku ni pandai cakap, tapi sendiri pun buat
kiranya aku ni hipokrit la yea??
terima kasih :)

manusia
dosa

memang xboleh di pisahkan
kalau xbuat dosa bukan manusia la namanya

tapi tak bermakna yang aku buat dosa, jadi aku tak boleh bg nasihat
kalau macam tu la golongan ini berfikir, memang hancur dunia ni
sebab memang manusia sentiasa melakukan salah

so kalau macam tu, semua orang tak boleh la nk bagi nasihat pada sesiapa pun
kau buat hal kau..aku buat hal aku
macam tu?

tak pernah ada istilah salah pun untuk tegur menegur, ingat mengigatkan, betul membetulkan..
kalau golongan seperti kamu yang tidak mahu terima nasihat dari orang macam aku ni, ok fine
aku xpernah kisah pun..sbb bagi aku, tak salah pun aku bagi nasihat..dalam bagi nasihat, aku berpesan jugak untuk diri aku

mungkin kamu jugak lupa perkataan TAUBAT
mungkin laaa

@

mungkin kamu lupa yang

jika seseorang itu pernah melakukan kesalahan
kamu akan memberi dia peluang atau ungkit segalanya sampai ke 7 keturunan?
xlayakkah dia berubah & bertaubat?
atau kita sebagai manusia diberi kuasa untuk menghakimi?



by the way, thanks atas kesudian kamu membaca blog saya :)

mama berpesan
biar la orang buat jahat pada kita,
jangan kita balas balik apa yg orang buat pada kita


Allah sentiasa ada bersama dengan umatNya


pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang ingin bertaubat selagi nyawa di badan..jangan terlalu ikutkan hawa nafsu..

Islam itu agama yang sempurna.Islam agama yang benar



^_^ v

Friday, March 9, 2012

solat

Assalamualaikum

SOLAT ITU TIANG AGAMA

kalau kita mendirikan solat maka kita telah mendirikan agama
dan SESIAPA YANG MENINGGALKAN SOLAT, maka dia meruntuhkan agama

sama macam kita nk bina rumah..
mesti kita nak rumah yang selamat..
dan untuk bina rumah yang selamat,perlu kan tiang untuk mendirikan nya

cuba kalau kita nak buat rumah yang selamat tapi kita xnak bina tiang rumah
4sure la rumah 2 boleh runtuh bila-bila masa je

so sama jugak dengan solat
kalau kita nak selamat di dunia dan akhirat jangan tinggal solat





^_^ v

taubat

Assalamualaikum

Jangan anggap orang yang sudah BERUBAH ke arah kebaikan tidak melakukan dosa atau kesilapan
DIA juga insan biasa, kita semua manusia biasa, tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan kealpaan
Cuma yang membezakan DIA dari orang lain adalah DIA cepat SEDAR kembali ke pangkal jalan kebenaran sementara yang lain terus di jalan kegelapan


^_^ v

Cinta

Assalamualaikum

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.
Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat"
~Imam Al-Ghazali~


aku xpeduli kalau ad yang membenci aku
sbb bukan manusia yang akan memberikan aku kebahagiaan

tapi aku peduli kalau aku hilang cinta dari Allah S.W.T
kerana Dia yang memberikan aku kebahagiaan

aku bersyukur sbb Dia masih memberi aku peluang & ruang untuk bertaubat
dan aku xpeduli pada manusia yang menganggap aku tidak layak untuk bertaubat




^_^ v

imam

Assalamualaikum

Lelaki yang sweet bukan lelaki yang pandai @ boleh bermain gitar untuk kekasih hatinya
tetapi lelaki yang boleh menjadi imam kepada bakal isterinya


^_^ v

Thursday, March 8, 2012

learn from mistakes

Assalamualaikum

Jangan disebabkan perkara yang lepas.
kita lupakan segala kebaikan yang pernah dilakukan
sebab lumrah manusia melakukan kesilapan
dan dari kesilapan itu kita belajar untuk menjadi yang terbaik

Jadikan masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan
dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan



^_^ v

Wednesday, March 7, 2012

tajuk

Assalamualaikum

Alhamdulillah Ya Allah
Dengan izin dari Mu
Kau panjangkan usiaku hingga ke saat ini
selama 23 tahun Kau telah menjaga diriku
Tapi apa yang telah aku lakukan sebagai bukti terima kasih ku pada Mu Ya Allah
Astaghfirullahal'azim

Bantu diriku ini Ya Allah dalam mentaati perintahMu,menjadi anak yg solehah buat ke dua ibu bapaku
kakak & kawan yang dapat memberi kebaikan
berkatilah usia dan kehidupanku dan orang-orang di sekelilingku ini Ya Allah kerana aku tidak mampu untuk menjaga mereka sebagaimana Engkau menjaga mereka.

Ya Allah
peliharakan hati ku, keluargaku serta rakan-rakan ku sepertimana Engkau memelihara hati orang-orang yang beriman.

Amin


^_^ v

Thursday, March 1, 2012

biskut gula a.k.a biskut butang

Assalamualaikum

dolu kocik-kocik selalu makan ini biskut
sangat2 sodap woooo
bila mkn biskut ni mesti kena ad step nya

step 1 : pilih wane favourite
step 2 : makan gula nye dulu
step 3 : buang je biskut @ makan biskut

ehehhehehe..dulu kecik2 selalu g kedai g beli..semangat..suka tengok makcik kedai bukak tin biskut then maen timbang2..miss that time.. :'(

mencari jugak biskut ni waktu sekarang...ingat kan dah xjumpe or dah xde..
then, owh dear..my mom tau kedai jual biskut..
excited gila kot..g kedai tengok banyak gila tin-tin biskut then uncle kedai maen timbang2..
wahhhhhhhh...suka-suka..

tok orang kuantan yang nak kan biskut ni, korang tau kan KFC kt belakang pasar besar kuantan??
kalau korang tau, kedai biskut 2 terletak sebaris dengan kedai KFC tapi belah hujung menghala ke pasar besar..pas 2 korang cari la sendiri..cari kedai yang banyak tin biskut tau..jangan lak korang cari kedai yang banyak ikan pulak ;)
ahahahhaha...agak-agak paham ke korang??bantai je la kan.. :)




^_^ v

Wednesday, February 29, 2012

jelous

Assalamualaikum

nak story tentang apa yea mlm ni?
apa yang aq pk kan skunk ni?

apa yang aq pk skunk ni perasaan
perasaan CEMBURU

knp cemburu?cemburukan apa?
cemburu tgk kebahagian orang laen..
cemburu tgk gambar wedding kawen org.
jelous i ok
:p

but even i jelous, sambil2 tgk gambar wedding org, i mendoa kan kebahagiaan mereka hingga ke akhirat..amin

tapi bukan cemburu tu yg i nak cerita

tp cemburu ni terlebih melampau2 tika melihat gambar couple yg belum menikah..
bahagia nya mereka kan..dapat kuar bdua,dating bla..bla..blaaa....n so on laaaa...
korang paham la kan gmbar yang aq maksudkan

bila tgk gambar2 mereka ni, jauh dlm hati, sangat-sangat cemburu..
siap ckp lg,untung la org ad yang sayang..boleh pegang2,peluk2,n so on lg..

huh..kau setan..mmg pandai kan menghasut aq..
kalau la iman aq ni senipis kulit bawang, mmg sah-sah dah aq akan tertewas dgn godaan kau 2..

tapi.....
Alhamdulillah..
Allah S.W.T masih ad bersama aq..
tiap kali cemburu datang tika melihat gambar couple melekat cam belangkas(gambar couple blm kawen ok) aq tersedar..

kenapa harus aq cemburu melihat kebahagiaan mereka?
kenapa harus aq cemburu dengan dosa yang mereka buat?
kenapa harus aq cemburu mereka keluar berdua sedangkan ad yang "ketiga"?
kenapa harus aq cemburu mereka berpelukan sedangkan sentuhan itu adalah haram?

syukur Alhamdulillah..
aq tersedar dr kealpaan aq..
terima kasih Ya Allah..
kerana membuat kan aq sedar..
semoga aq cekal menghadapi godaan & hasutan syaitan.. amin..

p/s : kepada yang berkenaan, walaupun kamu merasa kamu hanya berdua, igat la..di bahu kanan & kiri ad yang memandang..
pabila kalian berdua, ad yang ketiga..
yang penting, anda sedang hidup di bumi Allah yang mampu Melihat semuanya walaupun kamu tidak melihatNya..sesungguhnya Dia melihat segala perbuatan kamu selagi kamu masih pijak di bumiNya..
Pesanan Buat diri sendiri jgk




^_^ v