Followers

Tuesday, June 14, 2011

apa nak jadi dunia kini

Assalamualaikum


Ustazah dituduh bersubahat

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my                        
AMPANG : Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan
bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga
bawah umur, tiga bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan
dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad. 
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung
perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai,
di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan
menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung
perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka,
antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu.
                                                       


                                                                                                              sumber : myMetro 13 jun 2011









Ustazah biar suami rogol anak didakwa
Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2011/06/14

Ibu tutup mulut mangsa ketika 'dikerjakan' bapa tiri

KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam
atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya
berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan
di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.


Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan
suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama,
pada Mac 2011.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap
tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih
di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada
mangsa dan anak-anak wanita itu.

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan
permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes
suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol
anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul
kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan
sama
sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya
mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik
peguam.



INFO: Pertuduhan 

  • Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh anak perempuan kandungnya berusia 
  • 15 tahun dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup mulut mangsa ketika dirogol 
  • suaminya yang dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, antara jam 12 tengah 
  • malam hingga 1 pagi, pada April 2011. 
  • Tuduhan kedua pula, dia dituduh bersubahat dengan suaminya menyuruh mangsa masuk 
  • bilik bapa tirinya itu, masa yang sama, pada 12 Mei 2011. 
  • Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun 
  • Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan.
  • Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.



                                                                                                                      sumber :berita harian online







ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak 
mereka wlaupun sebagai anak tiri
bukan menjadi pemusnah hidup pada anak-anak mereka



^_^ v