Followers

Monday, January 31, 2011

cinta pada si dia

Assalamualaikum


11 hari
11 hari aku menyepi..
menyepi dari menghubunginya..
tanpa khabar berita, sms mahupun panggilan telefon

sama juga seperti dia..diam..seolah-olah dia melupakan aku..
aku hairan..jika aku tidak call mahupun tidak msg selama beberapa jam pun, sudah pasti dia akan bising..
tapi tidak untuk kali ini..dia diam..menyepi..

aku tertanya-tanya 
tanya pada hati kecil ku ini..
mana dia pergi?
tidak risaukah dia pada kekasih hatinya?
adakah dia ditimpa musibah?
 Ya Allah..jauhkan la semua itu dari berlaku menimpa dirinya..

tika ini, pelbagai perkara mula menghasut diriku..
mungkin dia sudah ada perempuan lain..
arghh.. tidak..tidak mungkin dia berlaku curang padaku
aku cukup kenal dengan dia..
tidak mungkin dia melakukan perkara tersebut..

pelik
pelik memikirkan dimana perginya dia..kenapa dia hanya diam tanpa khabar berita..
saat ini, sememangnya aku sangat-sangat hairan dengan peragainya..
berubah..benar-benar berubah..
tiada msg, mahupun panggilan bertanya tentang aku.

aku mula merajuk, marah, risau, sedih akan dirinya..
disebabkan itu, aku bertekad mendiamkan diri..
ya..aku perlukan ketenangan..
hati ini perlu di pujuk..

tetapi siapa yang harus pujuk hati ini?
bukankah dia seharusnya memujuk hati ini?
tidak munggkin dia..
dia tidak mungkin akan memujuk diriku..
dia tidak pernah memujuk hati ini walaupun hati ini sakit dengan peragainya..
alasannya, hatinya lebih sakit menahan derita perangaiku selama ini..
aku redha.. 

disebabkan keegoan, kemarahan, aku membawa diri..
tanpa memberitahu dia kemana aku pergi..
aku tahu..dia akan marah kerana pergi tanpa memberitahunya..
tapi hati aku sedih..
sedih dia tidak mempedulikan aku lagi..
jadi untuk apa lagi aku memberitahunya..

selama 3 hari aku menyepi..
sedang aku asyik dengan kerjaku,
handphone berbunyi 
klik..
msg dari dia..
bertanyakan perihalku yang menyepi selama ini
aku tidak memberikan apa-apa alasan yang kukuh
dia marah padaku..
bukankah aku jugak patut marah padanya jugak?
kerana membuat perihal yang sama?
dia hanya memberi alasan keluar bersama rakan..
tapi kenapa hati ini tidak dapat terima?
Ya Allah..

akibat dari kemarahan dan keegoan,
aku telah meminta putus darinya..
aku mencabar ego lelakinya..
ya..akhirnya aku telah ditinggalkan..

dan sekali lagi aku redha..
akan tetapi, dia masih lagi meminta penjelasan dariku atas kehilanganku selama 3 hari..
aku hanya menjawab jangan mengganggu aku lagi..
dia hanya menurut..

lagi sekali, aku terus menyepi..tidak seperti selalu..
aku akan memujuknya kembali..
kerana kesibukan, aku terpaksa melupakan seketika tentangnya..
aku juga tidak mahu mengganggunya..
aku tahu dia juga sibuk..

setelah 11 hari berlalu.
kerana kertelanjuran kata-kataku itu.
aku menanggung rindu
sungguh..
sungguh aku rindu padanya..
kerinduan aku yang memaksa aku menghantar sms padanya hari ini..
aku lupakan egoku..marahku..rajukku..
ya..
semuanya kerana rinduku yang menggunung padanya..

setelah menunggu seketika, handphone ku berbunyi..
apa yang aku fikirkan benar..
dia akan bertanya kenapa baru mencarinya setelah sekian lama..
hmmm..
kecewa..sungguh kecwa..




tidakkah dia tahu yang aku hanya ingin bertanya khabarnya?
tidakkah dia tahu yang aku amat merinduinya?
tidakkah dia risau akan diriku?
tidakkah dia ingin bertanya khabar diriku?
tahukah dia yang aku merajuk?
tidakkah ada sedikit perasaan untuk memujukku kembali?

aku hanya wanita biasa,yang hanya ingin dicintai, dibelai dan dipuji..
salahkah permintaanku ini?
besar sangatkah permintaanku ini?
bukannya aku minta dia untuk membelikan rumah banglo,bmw atau membawaku melancong ke luar negara..
hanya minta sedikit kasih sayang..
salah?


bukan kemaafan yang ku dengar..
tetapi hanya tuduhan yang dilemparkan pada ku..
sedih..
ya..lumrah hidupku sekarang..
hanya dituduh tanpa usul periksa..

walaupun aku dtuduh, dimaki, dihina
 hanya dia lelaki yang aku cinta..yang aku sayang.
walau aku terpaksa telan kepahitannya..
aku redha..
semuanya kerana cinta..
cinta pada si dia..
yang sentiasa bertahta di hati kecil ku ini..











p/s : pada sesiapa yang merasakan aku copy cita dia, maaf yea..ini hanya idea yang timbul di waktu petang..kalau ad persamaan itu hanya kebetulan..



^_^ v