Followers

Sunday, January 30, 2011

Antara Benci & Rindu

Assalamualaikum

just nak share novel yang aku baca la ni..

Antara benci & Rindu



Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorg lelaki yg dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.

Dalam masa yg sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorg wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.

Dalam usahanya mengelak utk jatuh cinta dgn Yusrizal, semakin banyak sifat positif yg terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dgn kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.

Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.



Aku benci zaman silamnya
tapi aku rindu pada kasih sayangnya

Hidup manusia memang tidak pernah sunyi dengan melakukan kesilapan,
Dan kesilapanku yang paling besar adalah melukaimu,
kutahu bukan mudah untuk dirimu menerimaku kembali,
tapi diri ini akan terus mencuba,
kerana kutahu kau tercipta untuk diriku.



^_^ v