Assalamualaikum
hari ini nk share bacaan tahiyat akhir.
tahiyat akhir kita guna kan setiap hari dalam solat
ada orang mungkin hafal tahiyat tapi mungkin xtau maksud..
jadi kt entry ni ad d sediakan maksud sekali..
Bacaan di dalam bahasa rumi:
Attahiyatul mubarakatuhs-solawatut-taiyibatu lillah.
Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamu'alaina wa'ala ibadillahis salihin.
Asy-hadu alla ilaha illallah.
Wa-asy-hadu anna Muhammadar rasulullah.
Allahumma salli 'ala Muhammad.
Wa'ala a-li Muhammad.
Kama sollaita 'ala Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim.
Wabarik 'ala Muhammad wa'ala a-li Muhammad.
Kama barakta a'la Ibrahim wa'ala a-li Ibrahim.
Fil 'a-lamina innaka hamidummajid
Maksudnya:
Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda - ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah.
Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan keberkatanNya.
Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba - hamba Allah yang baik - baik.
Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah.
Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad.
Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad.
Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.
^_^ v