Assalamualaikum..first skli, aq nk ucapkan epy deepavali 4 my fwen yg mymbutnye.. :)
owky..kmbli pd tjuk kta ri ni..eheheheheh...knp tjuk solat jumaat???hmm..al kisah nye..td aq dok bdiri tepi tingkap..sje ambk angin smbil dgr khutbah d msjid.. :) ..sdng aq asyk mlyn persaan, aq tlihat...aq tnmpk la 1 guy ni..dgn t-shrt itam n pki kaen pelekat..dok belari2..hmm..jam wk2 2 pukul 1.40 ptg..ooooo..ptt laaa..solat jumaat dh mula...ps2 tlihat plak 2 mamat di ats moto..mak aiii..lju gler mamat 2 bwk..kwn yg d blkang dh tepuk2 bdn kwn yg d dpn ni..aduh..cm laki bini plak..eheheheheh...tgelak aq melihat aksi2 laki2 yg dh lmbt nk ke msjid... haaaaa...2 laaaa..spe suh lwt g msjd..kn dh tkejar2...
aq ttnya2..ape sbnr nye hukum mdgar khutbah ni??knp rmai yg dtg lwt ke msjd tok wat solat jumaat..sthu aq,bukn ke kne dgr ke..yea laa..pelik la kn..klu kt umh,awl2 lg abh dh pegy tok solt jumaat..so ape lg..aq pn search la kt google..
Apakah hukum solat Jumaat?
Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.
Sabda Nabi SAW;
الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض
Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit
Hukum mendengar khutbah jumaat adalah wajib atas sekurang2nya 40 jemaah...
Hukum kalau kite sengaja dtg lmbat ke solat jumaat dengan niat sampai masjid terus blh solat jumaat adlh makruh..
Datang awl ke masjid,tetapi tidak msuk & hnya mendgar khutbh dari luar hkum nya adlh makruh jgk.
Kesimpulannya dilarang sengaja mengelakkan diri dari mendengar khutbah samada sengaja datang lambat atau lainnya. Amalan seperti ini meluputkan janji keampunan drpd Allah swt selama seminggu sebagaimana yg tersebut dalam hadis.
p/s : klu ad silap maklumat,tlg betulkan key..sy xmau ad ilmu ajrn sesat d sini..mekacih :)