Followers

Monday, May 9, 2011

KAU KEKASIHKU

Assalamualaikum


Tajuk : Kau Kekasihku
Pengarang : Anis Ayuni
terbitan : Alaf 21
Harga : RM19.90

Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati

Pandanglah ke dalam mataku.. Selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan ku lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi.. hatimu sebenarnya untuk siapa? mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga...nukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontarkan diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku' ? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi.. Mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri? 

Ah, lelaki...apakah sememanya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

" Dhira percaya..cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you very much. Hanya kau kekasihku..."


^_^ v