Followers

Wednesday, November 3, 2010

*kata-kata pujangga*

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah

Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan

Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.

Cinta itu suci, jangan cemari cinta itu dengan jiwa yang lara

Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

Tuturkata yang lemah lembut itu lebih berkesan dari yang kasar dan tidak sopan.

Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun
tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud

“Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah
senyuman kerana memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang